Semakin Sihat, Segar , Sukses

Bangi Healing 1.0

Tentang Kami

Bangi Healing diasaskan sebagai inisiatif oleh Sukarelawan BBBC dibawah kelolaan KKBS Berhad untuk memperkaya komuniti Bangi dengan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kesihatan holistik. Program ini bertujuan untuk menjadi acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai pendekatan rawatan dari pelbagai kaedah, membolehkan peserta mempelajari cara-cara untuk meningkatkan kesejahteraan mereka. Edisi pertama Bangi Healing diadakan di Evomall pada 23-24 November dan 30 November – 1 Disember, dengan matlamat untuk menarik minat mereka yang berminat dalam gaya hidup sihat.

Visi

Membawa kesedaran dan kesejahteraan holistik kepada komuniti setempat dengan menggabungkan pelbagai kaedah rawatan alternatif dan konvensional untuk keseimbangan tubuh, minda, dan emosi.

Misi

1. Menyediakan platform untuk pakar-pakar kesihatan dan terapi dari pelbagai bidang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada masyarakat.
2. Menganjurkan sesi podcast dan rawatan yang dapat membantu peserta memahami dan mengamalkan gaya hidup sihat secara holistik.
3. Menggalakkan penggunaan kaedah rawatan alternatif dan tradisional sebagai pelengkap kepada rawatan moden.
4. Mewujudkan komuniti yang menyokong antara satu sama lain dalam perjalanan ke arah kesejahteraan menyeluruh.

Aktiviti Utama

Sesi rawatan percuma atau berdiskaun oleh pakar-pakar dalam bidang akupunktur, urutan terapi, refleksologi, dan lain-lain.
Podcast dan bengkel mengenai pemakanan sihat, pengurusan tekanan mental, kesihatan fizikal dan banyak lagi.
Pameran produk kesihatan semulajadi, dan produk berkaitan kesejahteraan tubuh, minda dan emosi.
Sesi konsultasi peribadi untuk peserta yang ingin mendalami isu-isu kesihatan mereka.
⁠Persembahan terapi muzik, bacaan puisi, alunan irama yang dapat pulihkan kesejahteraan emosi.
Pertandingan acara pentas yang melibatkan kanak-kanak dan remaja sebagai aktiviti bebas gajet.

Jom Sertai Kami

Pendaftaran Sukarelawan

This is a flexible section where you can share anything you want. It could be details or some information about your service 1.

Pendaftaran Penajaan

This is a flexible section where you can share anything you want. It could be details or some information about your service 2.

Pendaftaran Brisk Walk

This is a flexible section where you can share anything you want. It could be details or some information about your service 3.

Penaja Program

Gritz